Sunday, June 26, 2011

masa sekolah dulu

tadi masa aku tgh belek2 gambar lama dlm satu folder ni aku terjumpa la gambar kenangan aku masa aku di sekolah menengah. besa la ada gambar dengan kawan2 cekgu2. semua ada.teringat plak waktu aku tggl diasrama. aku ni budak sekolah yg duk kat asrama. best gile tau dok asrama (nampak beno tipunye). aku tggl di asrama for five years means dari form 1 untill form 5. 5 tahun kot. dari junior hinggalah jadi senior. bapak la kau senior. aku la senior paling malas sekali kalau nak tau. haha. time org buat keja aku tido je kat dorm. haha. gile malas kan. kalau bab2 meeting aku selalu skip. tapi kalau bab nak makan, bab nak taboh budak junior aku nak ikut sama. tapi tgk ja. x sampai hati nak buat. kang jadi pa pe x pasal2 kena berhanti sekolah. hah. hamek kau baru kau nak tau. takut nyah.. haha. nak tau aku masa form 1 dah berani lawan dgn senior aku. kami budak asrama wajib solat kat surau so dia ni ketua asrama kami. jadi ada la 2 3 org pelajar yg sembahyang lewat. alah biasa la tertido terutama waktu weekend. dia amek la tindakan sendiri dgn merotan pelajar lain ni sebab lewat turun sembahyang. eleh lewat ja pun. aku ni dengn ketidak puasan hati marah ;a kan. aku cakap "eleh diaorg bkn x sembahyang cuma turun lewat sikit je pun xkan yg tu pun nak marah!!" so dia apa lagi hangin la dengan aku dan dgn x semena2 hinggap la batang rotan kat betis aku. memang x patut kan. padan muka aku.

kalau dok asrama dah tentu la bosan kan ujung minggu sebab asrama kami no outing in the weekend sebab pernah jadi kes student x balik sampai malam. ishh korang ni terseksa kami tau x sebabkan korang kami x dapat keluar. pastu plak apa lagi. aku bawa je la handphone walaupun diharamkan. ada aku nak kisah?? haha. tapi kalau time ada spot check gelabah buyung aku dibuatnya. sorok sana sorok sini. so ada la tempat2 tertentu yg menjadi rahsia sampai sekarang. x bleh la nak kongsi dgn korang.
dah nama pun senior mesti la bnyk jawatan yg diberikan. so masa kat sekolah aku memegang jawatan sebagai:

1. Pengawas sekolah (best jadi sebab dpt ponteng assembly dan skip kelas) 
2. Pengawas asrama (biro kecerian)
3. Ahli lembaga koperasi sekolah
4. Ketua pasukan PBSM
5. Editor utk ELS magazine

dan beberapa lagi yg aku dah lupa. tapi aku bukan buat keja sangat pun. haha. kan dah kantoi x buat keja. aku ni jenis agak la jahat sebab selalu x setuju dgn apa yg dilakukan oleh badan pengawas bla bla bla.. sebab tu aku suka back up student yg buat jahat daripada kantoi. especially yg bawa handphone pergi sekolah la. mula nak tolong sorok dan macam2. haha. pastu bila dah nak habis sekolah tu la part yg paling sedih dan x boleh lupa sebab macam2 kenangan bersama kawan2 memang bnyk so mcm x nak berpisah la. mula la nak buat jamuan la nak minta maaf la. hmmm... T___T sob3. teringat plak kat semua kawan2 aku tu.

hah ni lagi teruk kalau kat atas tadi aku cerita pasal lawan dengan senior ni nak cerita lawan dengan cikgu aku plak. dahsyat x aku??!! (dengan muka evil) kat sekolah aku ni ada la seorang cikgu (lelaki) dia ajar geografi and merupakan cikgu pasukan bola sepak. dia selalu kutuk aku sebab aku ni jarang main bola sepak. bukan x reti main cuma kurang berminat. aku lebih suka main bola tampar dan sofbol. hampeh kan aku. kata laki bola x minat pun. (x wajib pun laki main bola) so dia bila masuk kelas aku mesti nak kutuk aku. aku hapa lagi nak hamek kau aku serang bertubi hingga jatuh air muka dia (bukan nangis cuma bg dia malu ja) sebab aku tau kelemahan dia kat mana. lepas ja kejadian tu dia mula baik dgn aku. pastu plak dia yg minta maaf dgn aku. haha. ada ka patot guru minta maaf dari student. pelik kan tapi tidak bagi aku. memang layak pun dia minta maaf dari aku. haha. so lepas tu kami baik la. sorry ye cikgu!! @__@

sekarang dah bulan rejab (mengikut bulan Islam) x lama lagi nak nak masok ramadhan bulan yg kita semua umat Islam tunggu2. kami budak sekolah tu dah cadang macam2 untuk jamuan raya (puasa x lagi dah igt nak raya) x sabar rasa nak jumpa kawan2 lama balik. tapi x mungkin ada yg dah kahwin kan. hehe. pa pe pun kepada yg x ganti habes lagi puasa tu paham2 je la (x dak kena mengena)

masa jamuan utk pengawas koperasi.


ni kami geng form 5 dalam lembaga koperasi sekolah je pun

time jamuan geng laki form 5 buat BBQ 
aku tukang kipas (tipu) makan je laju

ni budak form 5 laki yg tggl kat asrama ehh ada yg x da laa
gaya weird dari aku. 

No comments: