Friday, November 11, 2011

demam EXAM sekarang ni makin menjadi

hello bloggers..

huh semua orang pernah masuk exam kan? x kira la exam UPSR ka PMR ka SRP ka SPM ka tak pon exam nak amek lesen ka. segala jenis exam la. mesti cuak segila mungkin kan. so biasa la ujung2 tahun ni mesti semua sibuk dengan exam itu exam ini x terkecuali la dengan MessySerabut. sekarang ni tengah exam final. eceh.. macam final degree plak dengarnya ya. exam final foundation. tahun depan baru start degree. doakan MessySerabut boleh buat dengan jayanya okey. sempat lagi nak update blog ya. hehe. okey tahun lepas MessySerabut dah penah share dengan readers pasai experience MessySerabut taken SPM kan kat sini. so kali ni nak post pasal cara study budak sekarang ni bila exam fever datang menyerang.

tadi petang MessySerabut ada la la keluar makan dengan kawan2 dekat KFC kangar. memandangkan hujan masa kami tengah makan tadi so terpaksa la kami tunggu dulu dalam KFC tu sampai hujan reda. kebetulan kami keluar dengan motor ja kan. boleh dikatakan ramai pelajar SPM yang datng lepak situ untuk study. x terkecuali junior MessySerabut yang tengah exam semester satu. hadui. pelik MessySerabut tengok diaorang study kat situ. masok ka segala apa yang dibaca???

study sorang-sorang dekat KFC [restoran]




budak sekarang ni dah  x pandai nak beza restoran dengan perpustakaan kan? dengan environment KFC yang bising dengan radio lagu segala bagai macam mana nak masok apa yang distudykan tu? tambah2 baca plak buku sejarah. nampak macam kulit ke kulit je yang baca tapi haram satu x masok. hua3. kan dah buang masa macam tu. campur lagi dengan bau KFC yang mengiurkan tu lagi la x boleh nak fokus asyik terbayang akak keja situ dok goreng ayam sambil mintak order. "makan ke bungkus? original ke spicy??" haha.

study dengan awex or balak


tambah plak yang datang dengan awex balak bagai. lagi lah kan. MessySerabut x penah ada pengalaman amek exam or study dengan awex2 ni so x tau la macam mana rasa tapi MessySerabut boleh la terbayang macam mana perasaan bila study dengan awex balak ni. macam tadi MessySerabut tengok yang si awex ni buka buku Teks Sejarah Tingkatan Lima tapi mata tu dok pandang muka si balak dia. hapa yang dia telek sebenarnya pon x tau? mungkin zaman pra sejarah ada tuleh kat hidung balak dia tu kot? haha. yang balaknya plak dok pandang awex lain study; x ke naya si minah tu dah la susah payah keluar nak study [kononnya] yang balak usha pompuan lain. haih.. budak zaman sekarang ni.

study group atau sekampung

lepas tu yang jenis study group. mai punya la ramai bawak buku bertimbun. segala macam semua buku depa hangkut mai. buku teks, buku latihah cikgu bagi [paksa beli sebenarnya] buku masak mak depa la, buku AVON pon depa hangkut buh dalam beg. nak study ke buat jualan langsung ni dik? tambah plak dok dekat dengan meja MessySerabut makan memang hilang fokus la macam ni. MessySerabut mana reti dudok diam masa makan tambah2 dengan kawan2 kalau dengan bakal mak mentua ye la kot nak diam sopan sikit. ehem ehem. lagi2 bila MessySerabut nyanyi lagu aliff satar mengikut rentak dalam radio yang KFC tu pasang lagi la muntah hijau orang yang nak study tu. so fikir la sebelum nak study tu.

ni sikit petua nak study ikut cara MessySerabut yang MessySerabut tau la:

1. study dekat rumah dalam bilik sambil pasang muzik lagi bagus ayat suci Al-Quran [lagi bagus kalau ada aroma terapi sekali boleh meransang minda tau].


2. study dekat perpustakaan sambil tu boleh buat rujukan sekali dan x bising sebab ada sign ni:




3. study dekat sekolah dengan kawan2 lepas habis kelas kalau ada cikgu x balik lagi boleh tanya soalan yang susah tu.


4. study dekat taman bunga ke tasik ke baru la tenang sikit fikiran tu sambil menikmati keindahan alam semulajadi. [pilih tasik yang bersih ja tau].


so MessySerabut nak ucapkan SEMOGA BERJAYA kepada semua yang sedang atau akan menjalani exam. buat yang terbaik dan doakan yang terbaik jugak untuk MessySerabut. amin. bye.



2 comments:

Unknown said...

HEHEHE..kak detty tgh study untuk lesen...doa naa....ketaq giloss~!

Hazwan Hashim said...

goo luck kak detty.. nnt dh dapat lesen jom gi jalan2.. hehe