Tuesday, January 31, 2012

Wedding Liza + Izwan

hello..

here some wedding photos MS took during CNY. take a look. it's might not perfect as you guys aspect.




MS know that MS need to learn more on this. thanks for leaving comments and MS very sorry because can't perform it well. TQ. Bye.

nota : lots of memories on this photos even there's no me in the photos.

Saturday, January 14, 2012

it's cool

hello..

semoga semua ceria ja MS harapkan [cewahh] first thing MS nak ucapkan syukur sangat-sangat kepada Allah sebab MS now dah jadi uncle. suka sangat-sangat [dgn muka excited] semalam [hari jumaat] the baby was 'keluar' so mak MS msg cakap MS punya sis dah bersalin. gila best masa tu. syukur jugak sebab semua selamat. baby tu is baby girl. MS x kisah sebab tu my first anak sedara sebab yang second tunggu bulan February ni plak kakak MS yang kedua plak. excited lagi. nama belum cari lagi. sorry sebab MS x boleh nak letak gambar my anak sedara kat sini without the permission from her parents kan. but it's cool tau jadi uncle and my anak sedara call me as UNCLE. hehe.

itu tadi pasal anak sedara yang ni satu lagi lagi cool and awesome. MS dah mula pandai petik gitar ke code yang susah sikit [bagi MS la] MS belajar main lagu 'cinta muka buku'. boleh la sikit-sikit walaupun agak sumbang. haha. MS punya kawan yang ajar main. but he must be lots of patient to teach MS main gitar sebab otak MS ni lembab sikit bab muzik ni. kuikuikui. apapun harap la boleh ingat lagu ni sampai bila dan boleh main selancar mungkin. hehe.

boleh buat cover album x?? [berangan]

it's cool right??? haha
nota : credited to Ash Muhamad for the pics.

Wednesday, January 11, 2012

old camera where are you???

hello..

i was just realising that my beloved camera was LOST!! fine not the one i just bought last october [that canon 1100D] but the old camera which i love very much. the kodak film camera. yaa i love it because that camera my late father bought me during our vacation to Kuala Lumpur on my standard 2/3 something. even though that camera was too old but it still can be used. memang la the screw semua dah berkarat tapi MS still wanna used it. faham tak!!

chronology kehilangan that camera. okey last year during our last day being here [perlis yang skrg ni musim sejuk] i put it in my left laci meja then i forgot to put it in the box so left it in the laci mcm tu je. then balik rumah baru perasan yang that camera MS tertinggal dekat hostel. but dengan penuh kepercayaan dan harapan [cewah] MS rasa yang that camera x kan apa-apa so MS senang hati je la.

dah almost two month holiday. we're back here and today after blogwalking baru MS teringat that camera. dengan penuh kesabaran MS cari dulu in all the kotaks yang ada and i din't found anything yang berbaur camera. gila sedih. dah la that was my memories with my family. and from that camera lah yang MS dapat pujian form others yang MS 'pandai' ambil gambar walaupun still young. ngek la sesapa yang ambek tu. dan MS rasa and officially tuduh orang yang ambil ialah _ _ _ _ _ _ _ sebab sugar yang MS tinggal pun hilang dah tu x pe la sebab bukan MS nak guna lagipun that sugar sekali tu the bekas yang MS guna letak gula pun dia ambek. bangang la!! memang dasar bosss. marah ni marah ni. hangin sungguh!! paling geremmm ni segala nota/kertas/buku conteng tak nak plak kau amek ye???!!! dasar lautan sungguh!!! arghhh...

sorry la i can't even tahan my feeling bila benda kesayangan hilang. so sadnesssss. haha. [hilang macho]  

nota : akan terus untuk cuba mencari takut-takut MS yang misplace those thing.

Tuesday, January 10, 2012

awek/pakwe vs mak/ayah

assalamualaikum and hello..

malam ni MS sebenarnya bukan la nak berceramah ka nak bermotivasi ke cuma ye la nak kongsi sebagai kawan untuk kita semua guna [untuk yang boleh terima la] pandangan MS yang MS nak tulis dalam entry kali ni. sebelum MS mula tulis MS nak say sorry dulu kalau benda mcm ni ada pihak yang kurang berpuas hati. MS nak cakap pasal meletakkan kapel korang dihadapan ke atau letak Allah dan mak & ayah korang dihadapan?? banyak sangat yang MS tengok sekarang ni kapel-kapel yang letakkan awek/pakwe diaorang kat depan [maksud tersirat] walaupun mereka x realise pon benda tu. kenapa MS kata x realise sebab tiga aspek bawah ni akan cerita.

doa kepada kita
kebanyakkan kita akan kata "ehh, i put my parents infront la who said i'm not?" tapi betul ke?? kita tengok dari segi doa kepada kita. tak kira la time kita sedih ke nak exam ke nak interview ke apa-apa ja la yang berkaitan ada tak awek/pakwe kita yang doa untuk kita?? mungkin ada yang kata ada sebab awek/pakwe diaorang hantar sms/call diaorang cakap "sayang, buat exam lek lok tau. good luck. love you.." ya itu yang dikatakan doa yang ikhlas. mungkin juga tapi caranya kurang tepat. tapi bila kita tengok mak/ayah kita kalau kita nak exam la katakan [sbg contoh] mereka sanggup untuk bangun tengah malam buat solat hajat, baca Yasiin, berdoa untuk kita cemerlang. ada awek/pakwe korang yang sanggup buat macam tu. bangun solat, doa segala?? entah-entah sebelum tidur tu ingat ke tak la yang partner diaorang tu nak exam. so kenapa nak letakkan awek korang kat depan atau erti kata lebih penting???

shopping complex atau jalan-jalan
yang ni plak bila kita tengok dari segi bila keluar jalan-jalan. kebanyakkan kapel yang kita tengok bila keluar je ber'dating' mesti pegang tangan kan. [paling kurang] ye tak kan takut awek/pakwe hilang kena kebas kan. macam la awek/pakwe korang tu cun/hensem sangat. tapi kalau keluar je dengan mak/ayah kalau boleh tu nak jalan jauh-jauh je kan. ada anak lelaki [remaja] yang sanggup jalan sambil pimpin tangan mak diaorang. ada?? kalau ada pun mesti x banyak kan. begitu jugak perempuan x sanggup nak jalan sambil pegang tangan ayah. rasa jijik je. memalukan. dah tu jalan dengan awek/pakwe boleh plak siap pegang pinggang lagi. geletek sampai gelak guling-guling pun x pa kan. haha. fikir kan la ye.

keluar makan sama-sama
bab makan plak. kita selalu tengok kalau dah kapel x sah kalau x makan sama-sama kan. tambahan plak yang belajar dekat universiti/ipta/ipts mana-mana. konfem kalau makan tu nak ajak awek sekali. kalau x rasa x kenyang je nak makan kan. kalau mak/ayah kat rumah x dak nya nak ingat sampai macam tu. ye dak?? dah tu siap sms/call lagi tanya nak makan ke tak. kat rumah nak tanya/ajak mak/ayah makan pun malas/segan sedangkan bukannya kena bayar sesen pun. kita tengok plak time makan dekat luar. [MS selalu jugak makan dekat luar dgn mak] ada tak yang sanggup suap mak/ayah kita sambil orang meja sebelah tengok kita. tobat susah kan. rasa kekok je. kalau mak/ayah kau tahu mesti dari kecik diaorang x nak suapkan kita makan. cuba tengok contoh situasi yang MS nak kongsi. famili kita pergi makan kat luar kebetulam malam tu ada perlawanan bola sepak. memang ramai. meja kita sebelah mat-mat motor. ada tak anak lelaki yang sanggup suap mak/ayah kita makan. saja-saja. bukan birthday party ke apa. ada??? ada anak perempuan yang sanggup ambil gambar belaga pipi dengan parents diaorang kat situ??? mesti la x sebab yang lelaki akan takut orang cakap 'jambu' yang perempuan takut kehilangan ayu. tapi kalau dengan awek/pakwe siap makan bersebelahan senang nak suap menyuap laga pipi kiri kanan. tak malu plak ye??? siap rasa bangga lagi.

sms/call dan wallpaper handphone
come to sms chapter plak. dengan awek/pakwe sanggup habiskan duit semata-mata nak call dengan suara rindu katanya kalau x dapat dengar suara awek/pakwe. siap x boleh tido lagi tapi kalau suara mak/ayah kita yang jaga kita dodoikan kita masa kecik x nak plak nak call dengar. satu lagi wallpaper handphone. tipu la kalau kata ada yang x dak handphone even my atok pun ada jugak. wallpaper mesti la kena ada gambar awek/pakwe boleh tengok selalu asal tengok phone nampak 'yayang'. kan?? tapi gambar mak/ayah kita macam mana??? entah simpan ke tidak. kan??

so korang fikir-fikirkan la. bye.

nota : jangan lupa minta maaf dekat parents kalau ada buat salah dengan mereka jangan tunggu raya setahun sekali ja. doakan mereka jugak setiap kali lepas solat atau pun masa kita rindukan mereka. i love my mak & abah. ingat letakkan Allah dulu yang pertama then Mak then Abah.

Saturday, January 7, 2012

awal tahun macam ni la

hello..

actually MS have nothing to be posted here since tak dak benda yang interesting untuk kongsi dengan semua readers kan. [bajet mcm banyak readers] hua3. ye la kan apa ja yang boleh buat atau cerita sebab MS baru ja masuk untuk first year degree and finally it become officially masuk degree. terasa la mcm dah besar. [memang pon kan] banyak jugak benda yang kena explore sendiri kan. kadang-kadang tu MS tak tau nak explore natang pa. haha. mungkin baru ja start the classes so x banyak lagi input yang dapat.

since baru je masuk ke kampus so macam biasa la we haven't got our allowance yet. semua macam ahli ekonomi je buat bajet. makan pun benda yang murah2 dan sikit2 je ambek. tambah2 lepas cuti kan nafsu makan dekat rumah tu masih ada so kena la control sikit kan. padan muka semua. hehe. termasuk MS la kan. jadi MS pun mcm tu jugak lah buat bajet gila-gila punya. hua3. makan pun control lagipun MS kena kurangkan berat badan kalau tak over weight plak. nak guna duit pun akan think not only twice but triple twice. [kira sendiri] kalau x buat macam tu alamatnya x boleh hidup lah nanti. act like matured man xkan nak mintak duit mak lagi kan. huhu. so terpaksa la buat stok makanan untuk sebulan pertama ni. [rasanya x sampai sebulan kot]



so that's the picture kan. you can see the instant noodles [jenama murah], jajan mamee monster, biscuits and also lipton tea strawberry flavour. yang tu je yang MS kena ngadap time x dak duit. haha. kesian bukan. T__T

post kali ni jugak MS nak kongsi gambar my study table dengan kasut sukan yang mengalahkan budak ambek kos pendidikan jasmani. haha.

my study table

my shoes 

nota : jangan makan jajan banyak sangat nnt otak jadi lembab. haha. time x de duit je boleh buat. =D bye.

Friday, January 6, 2012

comments tentang filem Ombak Rindu

hello..

MS nak start dengan 'okey' actually MS baru je habis tengok filem OMBAK RINDU sebabnya hari tu MS betul-betul x dak masa nak tengok citer tu. lagi pun x dak partner nak tengok plus MS tau yang kawan MS akan donlod citer tu so x payah la nak berebut masok panggung kan. what a waste. haha. jangan marah plak ye abang Osman Ali. hehe. 'Ombak Rindu' ya citer yang dikatakan mampu pecah panggung sebab dengan hanya beberapa hari dapat mengumpul jutaan ringgit malaysia kerana pelbagai cerita yang digembar-gemburkan tentang citer tu. wah. tahniah! MS ucapkan kepada filem tu.

tambahan tu MS juga dengar yang filem tu mampu melelehkan air mata jantan si mat-mat rempit segala. memang kagum habis la dengan filem tu. sampai ada yang cakap don't forget to bring along the tissues time tengok citer tu. hebat bukan? dan ada yang cakap kalau tengok citer tu keluar panggung konfem mata merah hidung plak terkencing [berhingus] haha. ye la mau taknya tengok citer siap meraung dalam paggung kan. hehe.




TAPI bagi MS filem ni x la seperti yang semua orang gembar-gemburkan. terlalu banyak jugak yang perlu diperbaiki lebih-lebih lagi pelakon-pelakon yang dipilih. banyak jugak part-part yang menjadi pelik dan aneh dalam citer tu. fisrt MS nak comment pasal certain part yang nampak sangat palsu. contohnya time Harris [Arron Aziz] selamatkan Izzah [Maya] masa time hujan. sepatotnya basah kuyup la kan tapi lepas je masok dalam disko tu semua jadi kering. baju Harris pun kering. dahsyatkan?? haha. part lain time Harris suruh Izzah gugurkan kandungannya. wah bukan main dahsyat Harris tu sepak terajang bakul sampah yang x bersalah tu alih-alih time dia angkat Izzah bakul tu hilang. mungkin make-up artist tolong alihkan ye. lagi time dekat sampan masa jam kesayangan Izzah yang Harris bagi tu jatuh dalam laut yang err agak kotor airnya tu bila tengok je dekat ujung sampan tu ada tali tapi sekejap lepas tu hilang then ada balik then hilang ala-ala chips more gitu. haha. MS rasa mungkin time hero kampung tu ambikkan jam tu dia lemas kot sebab tu Izzah bagi tali kat dia. haha. yang tu je yang sempat MS perasaan giler dalam citer tu. MS  ada juga baca satu blog ni yang mengatakan arah keretapi juga salah. tak tau nak explain macam mana. lain tu time Harris call Izzah masa Izzah kena halau. kalau tengok no fon dekat handphone Izzah nombor telefon bimbit sedangkan Harris call guna telepon rumah. mungkin telefon rumah Harris guna simkad kot. x ke naya tu. haha. biar la logik sikit kan. hmm. banyak lagi sebenarnya contoh gambar pada dinding bilik Izzah dikampung. sekejap tak ada then tiba-tiba ada. perut Izzah semasa mengandung juga senget time atas kapal layar. hihi.




pilihan pelakon plak. yaa. semua pelakon yang dipilih sesuai dengan watak tetapi cara penyampaian oleh pelakon time berdialog tu agak kurang kena. terutamanya si Ibu kepada Harris tu [Auntie Azizah Mahzan] cara dia cakap terlalu lah plastik. ye mungkin sebab memegang watak sebagai seorang yang kaya memaksa dia untuk cakap seperti mat salleh celup tapi pada-pada la sikitkan. over sehingga penyampaian skrip lari dari feeling penonton yang macam MS ni. paling ketara time dia sebut "bohong!!" , "pergi jahanam!!" sungguh plastik. selain tu lakonan Mila [Lisa Surihani] agak kurang menjadi sebab watak tu tidak berjaya dilakonkan dengan penuh perasaan mungkin asyik teringatkan Abg Yus kot. haha. lain tu time Harris suruh ibu dia mengaku yang dia anak angkat tu masa dia cakap "why? why ibu? why?" lepas Pak Dollah bagitau siapa dia yang sebenar tu. sangatlah plastik. kalau diikutkan x layak untuk masok Pilih Kasih kan. hehe.

apapun filem ni agak terbaik la kalau ianya benar-benar berjaya menjatuhkan air mata jantan kan. haha. tahniah sekali lagi buat semua krew yang berjaya membikinkan filem ini sehingga ketahap ini. MS cuma menyampaikan apa yang MS boleh katakan tentang filem ni. jadi yang kurang perlulah diperbaiki untuk masa akan datang. memandangkan filem ini adaptasi dari novel yaa ianya agak berlainan sedikit dari novel sebenar. tapi mcm dikatakan mereka tidak boleh lakonkan 100% seperti dalam novel. tahniah sekali lagi. 'Ombak Rindu' cayalah beb!!! bye.

nota : MS hanya menyampaikan apa yang MS nampak time tengok filem tu so harap no heart feeling or what not. kalau x puas hati boleh kaji then komen ye. jangan saman plak. haha.

Thursday, January 5, 2012

perubahan itu penting ya atau tidak??

hello..

respon terhadap kes Nur Amalina [17A1]
MS agak keliru apabila topik yang MS cuba tulis hari ni berkenaan perubahan. ye la kan macam semua orang tahu yang sekarang ni kes pasal si Nur Amalina yang berjaya mendapat 17A1 dalam SPM yang dikatakan tiba-tiba berubah teruk selepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran tu. ya MS akui yang sesetengah daripada kita mudah untuk terkena kejutan budaya memandangkan negara kita penuh dengan adat sopan yang tersendiri. jadi apabila kita memang yang jenis sukakan kebebasan begitu mudah kita untuk terikut-ikut dengan budaya asing yang menjadi naluri kita selama ini begitu juga MS yang mudah terkena culture shock tapi alhamdulillah setakat ni MS tidaklah terlalu teruja dengan budaya asing terutama budaya barat. tidak semestinya jika kita menjejakkan kaki kita di bumi asing [overseas] kita akan mengalami kejutan budaya tersebut malah kalau di bumi sendiri juga mudah kerana banyak medium yang boleh mempengaruhi kita. tetapi tidak semua mempunyai sifat sebegitu. malah yang berubah kepada kebaikan pun telah banyak dilahirkan jika kita berjauhan dengan keluarga. berbalik kepada kak amalina MS cuma nak komen sedikit sahaja sebab MS sendiri tidak pasti dengan berita sedemikian. pelbagai cerita yang timbul. bagi MS ya terus terang cara Nur Amalina itu salah jika dia benar melakukannya bukan saja dari segi perspektif sebagai rakyat Malaysia malah turut salah dari segi agama yang dianuti [Islam]. namun kita sebagai masyarakat yang kaya dengan adap dan sopan kita tidak seharusnya berterusan menyalahkan dia tetapi sebaliknya kita harus untuk bersama mengharapkan yang terbaik untuknya berubah demi agama, bangsa, keluarga dan juga negara. dakwaan sesetengah pihak/blog mengatakan dia terlalu teruja berada disana tapi itulah hakikatnya. manusia mana yang tidak akan teruja kalau berda di bumi asing kan?? tambahan lagi dengan sponsor dari pihak-pihak tertentu. tetapi tidak semudah itu untuk kita menyalahkan orang lain. jika kita merasakan bahawa dia benar berubah kearah itu jadi marilah kita sama-sama mendoakan agar Nur Amalina tidak lagi melakukan kesalahan itu dan sentiasa berusaha untuk kembali kepangkal jalan.



lelaki/suami baran perlukan perubahan
tiba-tiba juga MS terpanggil untuk menulis ulasan berkaitan lelaki yang mudah panas baran. ya MS juga lelaki tapi baran MS tidaklah terlalu memuncak kerana bagi MS sabar itu penting dalam diri individu. sebenarnya MS ada sebab tersendiri yang membuatkan MS mahu menulis hal ini di blog MS. okey sepertimana yang semua tahu bahawa lelaki adalah manusia penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan namun jika seseorang lelaki itu tidak mampu untuk menahan perasaan marahnya terhadap isteri atau anak-anak jadi bagaimana untuk kita [lelaki] membahagiakan dan menjadi orang penting dalam keluarga. ada yang terlalu mudah untuk marah walaupun dalam perkara yang kecil. memang lelaki selalu dikaitkan dengan perasaan ego yang terlalu mendalam dalam diri tidak terkecuali MS sendiri tetapi tahulah bahawa perasaan ego hanya membuatkan kita kalah untuk bertarung. kenapa MS berkata sedemikian?? sebabnya perasaan ego sebenarnya menampakkan kebodohan seseorang individu itu. kalau tidak percaya lihat sendiri orang sekeliling kita paling tidak dalam drama tv banyak kisah yang menceritakan tentang keegoan yang membodohkan diri sendiri. jadi ingat perasaan itu tidak akan membuatkan kita gagah malah ianya hanya menimbulkan kebodohan diri sendiri. berbalik soal panas baran, sebagai lelaki yang kita perlu tegas dalam apa jua keadaan namun tidak seharusnya dalam soal yang terlalu remeh. ya MS kagum dengan abah MS sendiri yang terlalu pandai mengawal emosi. beliau tidak mudah marah dan tidak terlalu ego. dan bagi MS rahsia untuk seseorang lelaki yang panas baran untuk berubah atau mengurangkan perasaan itu dan ego hanyalah dengan solat, zikir, istighfar dan juga doa serta kesyukuran. sentiasalah ingat bahawa setinggi mana perasaan marah atau ego itu kita cuba untuk bertahan ianya hanya memperbodohkan diri sendiri. jadilah seorang wira yang penuh dengan kesabaran. nescaya institusi kekeluargaan akan lebih utuh dan bahagia untuk selamanya. sama-samalah kita berubah dan perbanyakkanlah kesabaran dalam diri kita. [namun harus diingat perempuan juga sama].



nota : jika pembaca merasakan entry ini salah/perlu diperbetulkan MS alu-alukan semua pembaca untuk memberi komen dan pandangan untuk sama-sama kita jadikan panduan dan tauladan buat semua.
bye..

Tuesday, January 3, 2012

First entry 2012 and how could i believe that i'm 20???

hello..

pertamanya nak wish happy new year to all then to my mom thanks a lot for being a very awesome mom to me in 2011 and forever. nak ucap thanks jugak kepada family yang very the sporting to me and to all friends thanks for being such a good and lovely friends to me hope our friendship will last forever.

today was my first day MS going back here again 'Perlis' to finish my study although it is my first year for my degree. hehe. biasalah kalau dah nak balik sini konfom kena naik bas kan x kan nak jalan kaki plak. so semalam around 11p.m MS naik bas [Etika Expresssss] dari shah alam ke kangar and it was taken almost 7 hours to reached here tapi tak pe demi pelajaran harus semua itu dikorbankan.

sampai2 je dekat kangar ku ini terus waiting for subuh prayer then waiting and waiting and waiting and waiting for my friends dari terengganu and MS know that some of the readers can guess whom. haha. bas ianya telah terbengkalai dan terpaksa menumpang kasih di bas orang. jadinya lambat la sampai. lebih kurang pukul 8 a.m bari sampai. mungkin la kalau orang yang nak giving birth terusnya terkeluar kat situ. then we take a cab untuk ke kampus. bukannya jauh pon kan.

fine!!! sampai ja bilik MS feeling like wanna faint because it lots of habuk here and there. gila banyak. nak jalan pun terhenjut2. [feeling2 pakai kasut dlm rumah pulak] haha. hapa lagi tugasan pertama of course la kena reload all the fat first before doing anything kan. habis ja sebungkus nasik lemak beli dekat makcik stesen bas tu mula dengan mengepel all the floor. sapu the haboook. baru kemas2 almari and meja and katil. dah macam anak tiri dlm cerita cindarella plak rasonye. hua3. but in men version. dah habis tu rehat la. mandi je belum lagi. hua3. ouh lupa baju kena basuh jugak okey. [paham2 je la] lepas tu sambung rehat lagi then mandi solat thennnnn MELENGUNG ja la... haha.

cerita pasal MS dah masok 20 tahun utk tahun 2012 ni. OMG!! dah tua sgt ke aku ni?? [jenis x percaya] fine itulah hakikatnya kan. MS rasa tiba masanya MS jadi lebih baik dan terbaekkk utk semua org. so i'm thinking of having a partner in my life but whom?? yang tu serah je dengan takdir. mudah2an seseorang yang MS suka tu la yang jadi life partner MS. hehe. ILYSM. kalau pasal azam tu rahsia la kan. tapi apa yang MS harapkan supaya MS lebih baik dari dulu and keep smiling. hua cayalah. yang paling penting nk turunkan berat yang melampau melanda MS bila time cuti. hehe. so tu je la untuk entry kali ni. sory no pic. bye.

note: semoga 2012 lebih bermakna dalam hidup kita semua. berubahlah kearah kebaikan. :D