Thursday, April 26, 2012

Bina Insan Guru (part 2)

assalamualaikum and hello

rentetan daripada entry sebelum ni so aku nak sambung cerita pasal camping walaupun hampa semua macam boring-jemu ja baca tapi hampa kena baca jugak. aku kalau bab-bab nak buat lawak dalam penulisan ni kureng sikit kalau spontan tu buleh la kot. ceh perasan sangat aku ni.



hari first we're there yeah pertamanya konfem kena pasang tent kan tapi geng lelaki yang muslim x kena pasang sebab kami kena pergi solat jumaat time tu so kawan-kawan yang non muslim la tolong pasang kat kami. untung kan? terima kasih la noo. kami tinggai balik kemas sikit-sikit then tidoq. cait time celah mana nak sempat tidoq sebab petang tu dah ada aktiviti untuk keyakinan air. haha. dah nama pun kat pulau tak kan nak increase sand confident level pulak kot. bersiap sedia la mana tau apa-apa jadi ka kan. aku yang x pandai berenang pon buleh buat gimnastik berirama dalam air tau dak. dah la air masin siap melekat garam kat badan tinggai nak kikih ja untuk masak. hehe. siap belumpoq lagi air dia. hah.. memang best la kan.

sunrise kat Tuba Island
malam tu LDK macam biasa standard camping la kan nak tingkatkan level konfiden, kerjasama bla bla bla. buat la aktiviti sikit -sikit. sampai ada yang macho kena jadi nyah. nin dia yang paling syiok tu. 

macho giler kau nyah. sentap...

sempat lagi nak capture

cheer sampai senget badan aku
kami pi sana bukat setakat boleh tingkatkan level untuk jadi cikgu. nak tingkatkan level jadi bapak budak pun boleh. sebabnya ada la makhluk kecik anak lecturer ikut jugak. tak percaya tengok dan kaji gambaq bawah ni. sungguh aktif ini anak. =D

naluri  seorang bapak tu ada la

hari kedua pulak giliran group aku dan beberapa yang lain buat aktiviti kayak merentasi lautan yang group lain tu buat hiking kat Bukit Batu Licin. yang pengalaman paling best sebab ni la first time kayak kat tengah laut. yang lain selalu buat kat tasik ja. sebelum kayak tengah laut kena kayak atas darat dulu macam orang meroyan hilang anak. [buat latihan okay bukan gila betoi-betoi]

semangat nak kayak. cium bau ketiak dulu untuk yang mabuk laut
lepas kayak letih-letih pi satu pulau yang aku pun lupa nak tanya nama apa [kalau dia jawab konfem aku demam sebulan] memang lah berbaloi-baloi macam jualan kamdar. cantik dan lawa sangat [sama ja la bangang] 

duyung kah ini? disaster ja aku tgk.. haha

nasib baik suruh kayak kalau suruh berenang alamat x sampai la.
okay tu gambaq bot bukan kayak!

malam tu aku sempat lagi berjaga nak masak bagai. maklum la energetic sampai tak leh nak tidoq. padahal tak selesa nak tidoq sebab demand nak tidoq atas katil saiz king kan. ceh. so tolong la orang masak. buat-buat rajin padahal kalau kat rumah masuk dapoq hanya untuk terjah makanan. 

makanan!!
hari seterusnya pulak tiba la giliran aku and the group buat pemanjatan ke bukit yang berbatu licin. haha. sangat best. panjat-panjat ni pengalaman kedua naik bukit yang tinggi selepas kem pengawas kat Muka Head, Penang. so mungkin lepas ni boleh la kot panjat gunung everest ka kinabalu pun jadi la. haha. tapi tudia la kan takot tak lepas ja. tugas aku naik bukit ni jadi nature photographer kepada lecturer aku. memang sangat best T__T. haha. 

pendakian bermula

separuh jalan semua capek

letih pun still peace

nin dia nin dia tuan blog

pagi tu aku dengan beberapa orang yang kena bertugas lead senamrobik. so kalau dah aku yang lead memang sangat disaster hokey! so sambung layan tengok gambaq ataih bukit jom. 

sampai tertonggek aku tak hengat step

sila abaikan gambar atas ni

cantik doe view dia

tunggu nak mkan ja aku masak tak reti. 

tu topeng apa tu??

ingat orang ja pakai sunblock bagai api pun ada gel jugak

tukang tiup api

lakonan semata-mata

nasib baik ada line siap 3G lagi tau

haish mata tu kuyukan sikit
time turun ada pulak kawan kami injured so terpaksa la usung kebawah. nasib baik x ringan sangat dan tak berat sangat kalau tak tinggai ja dia sorang-sorang atas bukit tak pun gulingkan dia kebawah. haha. 

orang sakit

malam tu kami ada malam kebudayaan yang tema dia "dongeng rakyat". so group aku pilih nak buat pentomen tajuk Tragiknya Puteri Gunung Ledang. ya la kan maunya tak tragik sebab tetiba PGL ada janggut bagai. tapi cutting maintain. ye dak? haha. overall malam tu sangat best dan lawak. 

su + fi = sufi (suhaila dan afifi) MC

mak tanggang (tim kem kom)

Hang Peace bukan Hang Tuah

pandai kot dia ni menari

india mari. hey achi...

cait... sangat...

walaupun kena mara-denda-tocer plus mengantok kami still maintain cool. giler kentang hati kami. alah biasa la kan kalau dah camping memang macam tu kan. ada jugak malam barbeque. bak kata lecturer kami udang que, ikan que, sotong que and sosej que bab* x dak okay. haha. masa balik kat jetty kuah sempat shopping chocolate sikit untuk bawak balik. so overall sangat best la BIG siri 5/2012 ni. 


bye.

nota : terima kasih dan tahniah kepada yang terlibat. sorry entry agak panjang kalau boring boleh tutup dulu esok sambung baca pulak hokey. banyak lagi pengalaman yang tak tergambar dengan gambaq dan kata-kata. BEST!!!  untuk gambar lain boleh pi fb aku.

4 comments:

Fareha Noor said...

indeed mmg panjnag pn. setiap gambr ada explanation. lucky u for BIG. I never experience even once. BIG mmg bagus tau walaupun penat.

Hazwan Hashim said...

haha.. nak habiskan semua cerita. sbb pasni nak fokus exam. ecehhh... sgt penat!

♥Intan♥ said...

seteres sangat muka aku tiup api tu. >.<

Hazwan Hashim said...

sangat kan... well hg kan pandai bab tiup api ni kan. haha