Tuesday, April 24, 2012

Keadaan Bukan Masalah

assalamualaikum and hello

haish.. dah empat hari tak terjah blog ni rindu nak menaip dan berjalan-jalan di blog kawan-kawan. hehe. actually aku sibuk empat hari ni sebab pergi camping di Pulau Tuba so memang tak sempat la nak blog bagai ni. best woo camping kat sana tapi untuk entry ni tak nak cerita lagi BIG punya tu nak cerita pengalaman solat atas bukit yang agak curam. dah la tinggi kan. kalau tak stabil alamat jatuh ke bawah la kan. best sangat. macam-macam aku belajar time nak solat atas bukit tu. btw nama bukit tu Bukit Batu Licin. memang berbatu la.

1) first bila kita nak solat kat tempat-tempat macam ni kita kena tengok dulu keadaan sekeliling selamat ke tak. mana tau kat tempat kita nak solat tu tempat beruang tinggalkan anak dia ka kan.

2) yang kedua kita kena make sure yang kita ni suci dari hadas tak kira la hadas besar ke kecil molek ke. kalau tak suci kena sucikan dulu baru boleh solat.

3) yang ketiganya wuduk. okey bab ni penting sebab macam yang kita semua sedia tau nak solat mengadap Allah kena la suci dan berwuduk kan. kalau kita kat tempat-tempat macam ni atas bukit memamng susah la kalau nak cari paip lain la kalau dekat dengan sungai. tambah pulak susah jugak nak cari debu sebab tempat yang aku dan kawan-kawan aku pi tu tak dak debu. cara nak wuduk senang ja. ambil wuduk tempat yang wajib saja. contoh: muka, tangan, ubun dan kaki. cara dia ratakan air keseluruh tempat tanpa tangan terpisah dari tempat tersebut.

basuh muka ye adik-adik

tangan sampai siku

ubun jgn lupa

basuh kaki plak
jangan lupa baca doa lepas berwuduk okay! hehe.. =D


4) dah kalau nak solat perlu la make sure yang sudah masuk waktu. yang ni kita boleh la tau sendiri contohnya dengan dengar azan, tengok bayang-bayang kan.

contoh akar


5) kena jugak tentukan arah kiblat yang betui. untuk yang ni kita boleh tgk matahari, guna kompas ke pun boleh [tu pun kalau bawak la] tapi kalau dalam hutan nak senang tengok akar banir yang paling besar kat pokok. tengok dia menjalar arah mana sebab pokok jugak beribadat kepada Allah. tengok arah tu dan tu la arah kiblat.

" dan tetumbuhan dan pepohonan, keduanya tunduk (kepada-Nya)." surah Ar-Rahman : ayat 6

bila semua dah yakin bolah la sembahang. tengok betapa sayangnya Allah kepada umat Islam dengan memberi kemudahan dalam setiap masalah. 

No comments: