Saturday, September 22, 2012

apa kes ni?

assalamualaikum...
tak jawab dosa kalau jawab hensem!

sambil minum horlicks fibre up then terfikir pulak nak tulis entry dekat blog tapi tu dia laa nak tulis apa tu kena lama sikit nak fikir. otak jadi lembab sebab jam dengan assignment. Alhamdulillah semua dah settle tunggu nak ngadap ujian akhir kursus dan final exam. sedianya harem! hahaha. 

naah idea mai dah... 
kat dunia ni kita tau manusia ni banyak jenis kan. ada yang macam tut ada yang macam tet. yang macam tut tet tut tet pun ada. tapi tertarik nak tulis pasal orang yang jenis lalang. tau tak orang jenis lalang tu apa? eh bukan yang orang berkepala belalang ke hapa. orang jenis ni sebenarnya berkaki dua, bertangan dua sama macam orang-orang lain tapi perangai dia pelik sikit dari orang lain [yang baik-baik] sebab orang spesis lalang ni jenis tak tetap pendirian. eh mengata kat cermin eh??? hikhik.

*horlicks fibre up dulu seteguk*

kita kalau nak jadi manusia kita kena jadi yang jenis berpendirian tetap. kena konpiden [confident] dengan diri sendiri sebab 

"confidence does not come from physical attractiveness BUT it comes from within, it comes from ourselves"

jangan  jadi macam lalang yang selalu ikut hangin. mau hangin jugak aku nengok! orang yang jenis macam ni selalunya suka sangat ikut orang lain konon takut orang cakap "hey you are so last year!" 

bahaya jugak kalau kita selalu macam ni kang kena cop pulak talam dua muka. kalau kuih talam boleh jugak aku telan buat brekpes! hah kan. contohnya macam orang semua tengah feeling kepop kita pun nak jugak padahal yang nyata harem tak minat. takut orang cakap ketinggalan kita pun paksa minat. macam tu lah kot situasi dia ntah betol ke tidak?! hahaha.

tak pun situasi lain yang macam ni. sorang ni femes gilerrrrr la [kononnya] semua orang minat dia sampai wallpaper dinding rumah pun gambar si femes tu tapi bila ada yang lagi femes orang minat dia ni pulak sampai kereta tema semua gambar orang tu. cisss kesian orang yang awal tadi tu. hmmm... so fikir-fikir lah ya. gua mau mandi dan perut dah lapar. nak try sup sayur lalang mana tau sedap. hehehe. 


"think about confident 
think how to be famous"

bye!

No comments: