Tuesday, October 30, 2012

RESEPI : Kek Coklat Kukus versi MessySerabut

assalamualaikum and hello guys

first of all nak tanya how was your eid al adha? banyak lembu tumbang?? konfem la banyakkan kalau dah jadi diva sekampung sembang pungpangpungpang kan. eh ! mengarut. btw tahun ni aku tak la buat korban ke hapa cuma korban kan sikit masa tidur sebab nak study and now korban kan masa study untuk blog. style bukan? boleh la jadikan contoh pengorbanan. haha.

eh! dah macam lari tajuk ja kan. nak share resepi kononnya padahal resepi ni pun google ja. tapi disebabkan aku try buat dengan bantuan mak aku so jadi macam eager nak share jugak. entry tak mau kalah. i'm no major in masak masak or katering and never use to be at the kitchen but i love kitchen so much tu pun kalau ada banyak makanan la. so jom la tengok sikit resepi yang aku nak share dan tak mau kalah ni. hahaha

BAHAN-BAHAN (loyang sederhana)

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan koko van houten
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1/4 cawan minyak masak
esen vanilla ntah lupa banyak mana


masukkan gula dan telur dalam mixer yang telah di'on'kan suisnya dan blend sampai kembang semangkuk. kalau kembang setaman pun boleh tapi agak agak la kan hampa nak kembang setaman. kang meletup mixer tu nak putaq bahan-bahan tu. haha. kalau yang nak bina muscle tangan dan lengan boleh la pukul gunakan tangan secara klasik. boleh la kot jadi badang yang gagah perkasa lepas ni.


lepas dah rasa macam telur dan gula tadi kembang sekembang bunga rafelisia kat gunung kinabalu boleh masukkan minyak dan pukul sampai sebati. dah tu tunggu lagi masukkan pulak susu cair sampai lebam. agak agak la sampai lebam kan hampa bukan bini-biniku gangster pun nak pukul sampai lebam.



dah lepas masukkan susu boleh la bubuh tepung dan segala macam yang tak bubuh lagi tu. lanyak dia sampai sebati menjadi darah daging then dah agak sebati masukkan dalam loyang. loyang bukan goyang. hehe. ini tak lawak! 



kukuskan sampai masak lebih kurang 30-45 minit jangan lama dan pastikan wap tak masuk ke dalam loyang kalau tak kek dah jadi bubur. jamukan tetamu dengan bubur kek coklat! hahaha.... and use van houten choc tau baru sedap!

DAN HASILNYA
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
TADAAAAAAAAAAAAAA!!!



OK!! langsung nampak macam biasa ja terus tak boleh kata kelas kau wannnnnnnnnn
merajuk masuk bilik tekup guna bantal!

WARNING!!!  Kek ni hanya tahan untuk beberapa hari jikalau sedap dan mungkin tahan agak lama kalau tak berapa nak sedap.

Bye!!!

Friday, October 19, 2012

EXAM MODE!

assalamualaikum and salam hujung minggu

bila hujung sem dah datang mulalah exam nak merembeskan hormon. urghhh... i hate it! it just steal my time of doing something else. haha. ish apa aku mengarut ni?? aku tengok orang lain sibuk belek buku buka nota baca semua aku rileks ja on laptop buka tab blog sana sini. haha. konon macam blogger tegar la kan. lepas tu turn on radio on my handphone sambil baca entry orang lain. puih buku pun dah merajuk dengan aku sebab tak belek dia.

so what to do takkan nak fokus 24/7 dengan books ja kan. kadang kadang bosan jugak. dengan theories yang belambak nak kena ingat yang apa satu pun aku tak paham. haha. so maybe next week takkan akan mengadap blog sangat kot sebab my paper start on 29th Oct so need to be prepared well kalau tak hancusss hidup aku! so pray hard for my examination. otak pun dah mula pikir pasal cuti sebenarnya! hahaha.



CRAZY!!!

Thursday, October 11, 2012

3 blogger kawan aku!

assalamualaikum dan salam blogwalking

entry kali ni aku nak perkenalkan kawan-kawan aku yang
mempunyai blog yang tersendiri. cewah!!!




dia ni pemilik blogspot DAHsyad! dan merupakan bakal guru bahasa inggeris. satu kampus dengan aku so we first meet during our orientation week. kira antara kawan baik yang pertama aku jumpa la when time first time aku kat kampus ni. kawan sampai sekarang ni. orang terengganu yang entah terus bertukar jadi orang london. the way he speak english pergh superb! tabik spring. tak caya jom pi belog dia. sampai ada yang takut nak communicate dengan dia. haha.




yenyen bukan nama sebenar dia tapi femes woo nama dia yang ni. so semua panggil dia yenyen termasuk aku. bakal guru bahasa inggeris jugak. hantu novel yang tak pernah aku jumpa! sanggup berhabisan untuk dapat novel terbaik. sebab tu blog dia pun berkisarkan novel. part paling best kalau time study all the notes boleh mintak kat dia. btw dia ni orang utara. family sangat friendly especially tok piah kesayangan dia. hehe. i wish tok piah will have her own blog one day. hahaha. 




hah tengok nak sebut nama pun aku dah bunyik macam arab arab sikit kan. siap dengung semua tapi dia bukan asal dari arab mahupun pakistan. haha. aku main hentam ja. orang utara tanah air jugak. DAN bakal guru bahasa inggeris jugak la kan. haha. dia ni nampak macam malas tapi bila exam cool ja. choiii betoi. rilex tapi dalam otak bergeliga. yang paling unik tentang dia ni satu selalu hilang barang! tinggal sana sini. aduh paling syok tinggal laptop dalam kelas. henpon. macam-macam la. tapi langsung tak kisah sampai orang lain yang tolong risaukan untuk dia. pelik tapi benar. 




p/s: baca post ni nampak macam aku tak socialize ja kan asyik kawan dengan budak TESL ja. eh tak lah aku kawan dengan semua orang sebab aku sayang semua orang. hehe. budak engineering, medic bla bla bla semua aku kawan! 
.
.
.
.
.
.

bye!

Monday, October 8, 2012

First Trial Yang Awesome

assalamualaikum and hello guys

bila lihat pada tajuk mula terpikir kan apa yang trial apa yang awesome? PMR kah SPM kah??? pelik kadang-kadang bila pikir. haha. aku suka bila readers aku berfikir sambil membaca at least blogwalking pun still guna otak dan berfungsi. ada jugak kak faridah aka faedah tapi bukan faezah ilai ke tasha shila okey. hehe. kalau boleh semua nama awek aku nak senaraikan. :p

sebenarnya nak cerita kisah first trial buat video eh photography on my own. hehe. photography bukan pornografi naa jangan fikir bukan-bukan.

last two three weeks ago [dah macam cerita dongeng rakyat kanak-kanak pulak] jiran aku ni remarried. ala jiran konfem la aku kena pergi kan kenduri beliau. had umur dia kena rahsiakan kang habis bini baru dia mai serang rumah. hehe. hari akad nikah dia ajak mak aku dan beberapa jiran aku pergi. btw jiran aku di pihak lelaki. dan kebetulan aku cuti time tu so mak aku ajak aku pergi sama. at least aku dapat belajar cara nak menikah kata mak aku kepada aku yang telah dipropakan oleh aku.

mak aku ni macam nak suruh aku kawen cepat-cepat ja kan. tunggu la anakmu ini kumpul aset dulu. hehe. dan kebetulan juga aku dah lama tak snap kawen so galas my baby canon sekali join cara kawen kot-kot nanti dia boleh kawen jugak untung aku jugak dapat dua dslr. hikhik. so bila dah start ambil gambar jiran aku pun mula la mintak aku ambil gambar dia kawen so tunggu lagi ambil la. untuk pihak perempuan dan jugak lelaki. mula-mula macam saja-saja last tukar jadi job. jiran punya pasal ambil je lah kan. done with that.

bila dah siap aku pun pergi bagi kat dia gambar dia buat apa aku nak simpan bukan aku bomoh santau pun kan. hehehe. so bila bagi tu dia pun membayar lah aku dengan harga RM300 eh bayar ke mintak ni???? hehehe. dia ikhlas aku pun ikhlas so depan mata ada aku ambil je la.

sticky album + A4 size frame = RM300 tu okey la tak mahal pun kan. kalau orang lain maunya beratus kan. so lepas ni boleh la teruskan mengambil gambar. sambil buat job sambil kumpul duit pergi bercuti. hehehe.

sticky album

the album with photos and credit to yenyen

the frame !
boleh la jugak aku release stress kat rumah bila buat keja macam ni. lagipun aku tak payah tolong angkat hidangan ke hape time kenduri. hehe. memang dasar tak reti bersosial! jangan lupa kepada yang nak exam apa-apa pun jom tengok tips kat sini.

p/s : kepada blogger kaki pancin jom follow blog member aku ni. depa dah lama dalam dunia mancing ikan tapi dunia blog masih baru. jom follow jom ! GengmancinG

bye !

Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday

ENGLISH MONTH!
treasure hunt for junior ....semangat kesukanan wei !


bye!

Monday, October 1, 2012

Dulu punya cerita la =)

assalamualaikum and hai semua

weekend hari tu aku balik rumah so bila malam bosan punya hal aku geledah gambaq time aku kecik dulu. wei terus rasa kiut wei! tu aku nampak la hampa pun dok buat muka kiut. dok ikut aku buat muka kiut tu pasaipa ?? nak penampaq ??? hahaha. tudia aku dok merepek dah ni cepat ! cepat ! kembali ke landasan yang benar.


ni dia muka aku time kecik cenonet memang tak boleh belah. haha. macam nak tampaq laju laju selaju 195km/h pon ada gak. mak ai mau terpeleot kang hidong aku. dah la tak berapa nak mancung. cekepet ja aku tangok. haha.


yang ni time dengan adik aku bersimpuh atas kereta. memang aku dari kecik photogenik tengok tu senyum ja kan. adik aku pun jeles sebab aku hensem dari dia. sebab tu muka dia macam macam asam jawa extra. hihi.


gambaq ni pulak time kecik jugak tapi besaq la sikit dari yang atas tu. masa ni lebih kurang umur 4 tahun kot. lupa dah. biasa la dah besaq nyanyuk sikit. hahaha. naik kereta api feeling feeling pergi singapore. pi universal studio. hikhik !


ni pulak time raya. tu boleh la ambil gambaq ni buat sampul raya tahun depan. boleh ??? stail dulu bila raya konfem nak pakai sampin bagai la ni mau lempaq jauh jauh. tunggu kawen plak baru nak pakai sampin. haha. entah bila pun tak tau.



sekarang ni dah besaq gedabak dah. boleh jadi bapa orang dah pun. ehem ! ada yang kata hensem ada jugak dok jeles kat aku. hahaha. perasan siot ! aku tak makan supplement ni semua tapi bila orang kata hensem tu rasa macam nak ja withdraw semua duit bank in kat orang yang puji tu. muahaha. hiperbola deh ! terus ignore bila orang puji. haish sapa yang puji aku kalau bukan diri sendiri ja banyak puji so bank in kat diri sendiri ja la. haha.  :D

so bila besar ni kena la kita sedaq diri sikit. berubah la kearah kebaikan. demi diri sendiri dan keluarga serta orang sekeliling. hehehe. motivate sikit.

bye !