Friday, August 2, 2013

Random Ramadhan Post

assalamualaikum dan salam ramadhan

pejam celik pejam celik kedip kedip mata ramadhan dah pun nak habis. nak kena tunggu tahun depan pulak. entah ada rezeki ke tidak pun belum tentu lagi. moga-moga dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan ramadhan akan datang.

sekarang ni dah masuk musim trafik dilaporkan sesak jadi kepada abang-abang, pakcik-pakcik, akak-akak, makcik-makcik dan semua yang nak balik kampung tak kira lah naik apa berhati-hati dijalan raya. kalau nampak driver sebelah mengantuk ke letih kau tengking tengking sikit bila nak bersembang bagi dia segar. haha.

kepada ayah-ayah, ibu-ibu  semua jangan lupa tunaikan kewajipan membayar zakat fitrah. tak silap untuk negeri Kedah RM7. negeri lain aku tak tahu.

yang masih dan belum bershopping jangan risau stok baju raya masih ada. sempat lagi nak membeli jangan terkejan-kejan sangat nak shopping. tak habis nye baju raya tu. aku pun risau lagi ni baju raya tempah online tak sampai. nampak gaya turun padang jugak aku membeli. baju melayu ohh aku cuma pakai yang tahun lepas. save duit aku.

untuk yang bercuti panjang jangan lupa tolong ibubapa anda. cewah aku ni rajin sangat ler kan.

nak ucapkan hari raya macam masih awal tunggu raya nanti ada post lagi. hehe. kuih raya buat biar ikhlas baru sedap. nak bagi tips dan tutorial kuih raya aku pun gamaknya tunjuk-tunjuk je. aah tu la tips dari aku.

okey ni aku tunjuk kuih raya wajib dekat rumah setiap tahun yang mak aku akan buat. kuih semperit. sedap gebu dan marvelous.

ehsan google sbb takdenye mak aku nak letak dlm nyiru
dan dan dan dan kalau kalau akak-akak dan makcik-makcik nak fefeeling sexy raya ni boleh suruh cik abang pergi beli kuih raya sexy. kot yer malu pulak kan nak pergi beli boleh cuba buat dirumah. hahaha.

sexy tak kak ton?????

bye!

No comments: