Saturday, October 5, 2013

Kami Buddyz Takkan Terpisah

assalamualaikum dan salam sejahtera

unplanned picnic happened today kalau hampa semua nak tau. disebabkan bosan terus tempah 'tiket' terbang pergi Beijing sana nuu. kau mampu ke dek non? asal je bosan terbang kesana sini.


haa kan... tak percaya ke? so petang tadi aku dengan kawan-kawan aku ni macam rasa bosan ler terperap kat hostel. lagipun dah lama tak hang out sesama. memasing busy. ececeh. jadi tadi kami berempat keluar hang out dekat Tasik Melati, Perlis. 

mula-mula cuaca macam panas terik. so rasa macam wah bestnya nak picnic ni. sekali tetiba time keluar tu lebat kau hujan turun. kan padan muka aku dan rakan-rakan ye. tapi kami redah jugak sebab segala jajan dah ada kami redah hujan jugak. duduk ler kat pondok yang ada. siap pilih tempat ala ala Putrajaya lagi.


banyakkan jajan yang dibawa. aku sorang belum tentu cukup. tapi bihun goreng tajaan tak ditunjuk. hehe. memula hasrat nak ler tangkap gambo nak masukkan dalam LOOKBOOK.nu tapi hujan makanya jadilah tragedi mandi hujan. *memori daun pisang waktu jalan-jalan*




hujan-hujan pun gigih berpayungan jalan pi mai pi mai. nak main hujan katanya. mengimbau kenangan sebelum berkhatan. pantang hujan kejanya nak main ja sampai mak aku dah tak koser nak marah. best kalau main ujan ni tapi orang cakap takut demam tapi cikgu sains aku kata kalau hujan tu dah lama okey ja kalau nak main janji lepas main mandi terus. 

kawan aku pulak fefeeling dok kat ostolia. kononnya bergambo dekat lake side dekat sana ler. tapi tadi mention pergi beijing kang sampai ostolia? ade jugak makhluk kena tampo.


aku ni pantang sikit bila dah kena hujan mula nak jadi sawan. kang semua benda gila aku buat tanpa ada kemaluan. muka semua mintak penampor ja kan. 



bentuk muka ni akan berulang jika mak aku pergi meminang janda anak sebelas. maunya reject awal-awal kan. hahaha. ni kalau bakal bapak mentua aku tengok konfem aku jatuh talak. melahap macam syaitonnirojim. haha. btw yeo's pilihan semulajadi dan twisties la yang taja picnic kami petang tadi tapi secara tak official la. kau ingat aku selebriti nak glemer-glemer sampai jajan pun nak kena taja. 

bila ujan dah reda kami pun kena balik takut-takut hantu karipap datang kacau. eh kau main hantu-hantu pulak. apapun ko selfie berjemaah itu penting ya rakan-rakan untuk eratkan urat-urat muka. 



muka memasing macam belacan sebab kena hujan. tak koser dah aku nak ambil-ambil gambar ni. lain kali kita chill lagi okey. btw kredit ke fikri sbb bg guna olympus pen untuk bergambo. bye!

1 comment:

Unknown said...

wah.. bestla bleh jalan2.. kat jengka tak ada apa.. huhu.. harap nak hadap felda yg dikelilingi kelapa sawit and pokok getah ja,, huhu..mai la jalan2 jengka...