Monday, March 3, 2014

TRAVEL : Street Art, Penang

hi guys.

first of all, nak wish HAPPY BELATED BIRTHDAY dulu kat Fikri 'Atif dan thanks sebab ajak kami pergi rumah untuk celebrate. best gila sebab dapat makan ayam bbq dan moist layer cake yg super lazat. nanti nak belajar ambil resepi. 

kebetulan weekend hari tu dah pergi SP alang-alang terus ke penang. plan awal nak ke ESCAPE untuk try extreme activities kat situ memandangkan plan berubah last minute terus ke Street Art, Penang. 



terus tak rasa rugi ponteng kuliah 2 jam semata-mata nak pergi penang dan sambut birthday. 

kat street art ni sebenarnya nampak macam bodoh ja kalau pergi sebab nama pun street ja kan. kat depan rumah aku pun ada street. gitchew. tapi street art ni dia lain sikit sebab kat sepanjang street art ni tersembunyi banyak lukisan yang seriously super awesome. kalau jalan tu macam 'ahhhh uhhhh wowwww' sebab teruja nak ambil gambar. 


kat jalan-jalan ni kita boleh tengok lukisan yang street painter lukis kat dinding bangunan, tepi jalan dan celah bangunan. selain painting diorang ada buat ukiran guna besi terpakai jadikan lukisan. memang awesome. that's why PENANG, MALAYSIA is one of the unesco heritage park! awesome kan Malaysia.



kami pergi ber-enam. lagi awesome lah jadinya. havoc tak tentu pasal. riuh gelak sana sini sampai kena hon. hehe. untuk ke Street Art ni lebih senang kalau naik feri sebab dekat sangat. Park kereta dekat Freedom Parking dengan bayaran RM3 unlimited time boleh la pusing jalan kaki kat Street Art. 




kat situ boleh sewa basikal untuk pusing-pusing kawasan. naik beca pun boleh tapi kami jalan kaki sebab nak bakar lemak katanya. 





untuk cari lukisan itu kita kena rajin-berani-havoc sebab lukisan tu kadang-kadang tersembunyi. kami pun download map untuk cari kawasan lukisan. nasib baik kak nadia pernah join explorace kat situ. memudahkan keadaan nak mencari lukisan. 







sepanjang berjalan kat street art tu banyak gerai jual cenderahati untuk buat kenangan so tak susah kalau orang luar datang. sesapa yang cinta lukisan boleh la try STREET ART, PENANG!

#VisitMalaysia2014 jom hashtag!

No comments: