Wednesday, September 7, 2016

Hiking at Penang National Park, Penang

Dah lama dah hiking baru terasa nak update blog pasal benda alah ni. Orang dah tak layan cerita lapuk. Tapi apa ada hal aku nak cerita jugak. Sebenarnya aku baru start 'busy' (busy la sangat) sebab baru start bekerja jadi rasa malas nak update blog.

Sebelum aku start bekerja hari tu. Aku dengan kawan-kawan aku yg dua orang lagi tu plan untuk hiking sebab dah lama aku menternak lemak lemak tepu dalam badan. So we decided to do hiking dekat Penang. Disebabkan Shud pernah ke Penang National Park jadi kami pun ke situ lah supaya nanti senang kalau terjadi apa-apa. Kami bertolak dalam pukul 5 pagi dari Kulim. Sempat jugak beli breakfast dekat drive thru McD supaya perut terisi. Takda la nak pengsan waktu memanjat bukit. 


Actually tak jauh mana pun tempat hiking tu dalam entah aku lupa berapa kilometer tapi sejam je kami panjat. Tapi belum tercapai target. 

Untuk yang macam aku ala ala comel gitu baik bawak air banyak sebab akan cepat dahaga. We were all sweated that day. Nah layan gambar dulu. Aku habis idea nak tulis. 



Kami pikih untuk ke Monkey Beach instead of Pantai Kerachut sebab jalan dia berbeza. Shud pun pernah ke Monkey Beach jadi lebih mudah kan? Waktu kami pi tu ada kawasan yang diperbaharui sebab ada pokok tumbang and ianya lebih mencabar. Seronok sebab kawasan yg curam panjat guna tali. Aku gayat. 



Sempat jugak aku buat video. Boleh check link youtube ni



Nak cakap tu kasut aku baru beli semata mata untuk hiking! Kasut cabok je. K bye!