Thursday, April 13, 2017

TRAVEL : Solo Backpack Ho Chi Minh City, Vietnam

Hell-o everyone. Lama betul tak update blog. Sejak bekerja ni sampai nak baca blog pun tak sempat. Bukan takdak masa cuma masa tu digunakan secara berhemah untuk membuta. By the way untuk entry kali ni nak cerita je experience pergi solo backpack ke Vietnam. Because of this is my first time being in Vietnam and travel alone I macam teruja sikit nak update jugak.

Masa cuti mid semester school hari tu aku secara rasminya telah mencuba sesuatu yang baru dalam diri dengan berani dan gagahnya pergi Vietnam sorang-sorang. Flight aku dalam pukul 6.45 petang so akan sampai ke HCM pun dalam malam lah. Risau jugak tapi dah baca travelog orang cakap ok je sebab ada bas so tak risau. Tiket flight aku dapat RM268.00 return. 

DAY 1
Turun je flight dah lepas immigration and all aku terus keluar cari bas nk ke Pham Ngu Lao untuk ke hostel. Dalam 20 minit perjalanan dengan bas untuk ke sana. nak berhenti kat sini landmark dia adalah YOLO Pub dan hostel aku duduk selama 3 malam pun dekat area sini. Aku stay Eco Backpack Hostel. Nice tapi ada tikus kat area parking. Aku book via booking.com dapat RM93 untuk tiga malam.

Sebelum check in hostel aku sempat dulu pergi cari air mineral. So kalau nak cari air mineral boleh pergi dekat Circle K Mart macam 7E lah kat. Harga dalam 5000vnd lebih kurang 95sen sebotol kecik.





DAY 2
Untuk hari kedua aku pilih untuk just sight seeing around the city. Aku first ke Independence Palace. nak masuk sini kena bayar 40,000vnd. Ramai orang datang sini sebab dia antara tarikan utama HCM tapi pengalaman aku solo backpack ni banyak jugak mengajar aku tentang kepercayaan terhadap seseorang. Walaupun aku baca banyak blog cakap jangan percaya tapi aku terpedaya jugak sebab aku dah mula hilang hala tuju nak ke sesuatu tempat. Aku kena tipu dengan pakcik moto RM200++ sebab ambil ride city tour dengan motor. So korang better download Grab Bike sebab sana banyak je yang offer Grab Bike.



Lepas melawat Independence Palace aku ajak je pakcik tu pergi Hard Rock Cafe nak tengok rupa dia macam mana. Nasib aku tak beli apa-apa kat situ kalau tak takda dah duit aku sebab kena tipu. Kat Hard Rock ni pun ramai je makhluk dari Malaysia so rasa macam pergi Hard Rock Cafe Melaka je. 


Selesai bergambar dekat guitar trademark the cafe aku ke Saigon Post Office dan Duc Ba Church. actually dua-dua bangunan ni sebelah je. Seberang jalan. Kawasan sini memang macam dekat Eropah, cantik tapi panas dia boleh tahan. Lecak! Kat sini no entrance fee needed. Tapi tak payah lah gatal nak masuk church choir bagai sebab suara kau bukan lunak pun. 

Dekat dengan area sini jugak ada bazaar jual buku. Budaya membaca yang sangat tinggi hokey tapi ada anjing berkeliaran sebab tuan nak cari buku bawak sekali anjing memang hanjenk! 






Dah siap bergambar sini pakcik penipu tu bawak aku tengok Saigon River. Konon cakap cantik tapi aku dah hilang mood sebab panas. Dia just meronda je kat situ. Then bawak aku ke Hong Kong Market. Aku teruja ingatkan boleh lah cari barang sekali biasa saja. Padang Besar lagi best. Kat sini lah aku tau yang dia tipu aku. 15 USD per ride untuk mana-mana ja. sekali 15USD per hour. Dia tak cakap. Celaka! 

Lepas dah kena drop dekat Ben Thanh Market aku terus cari kedai makan. Sepanjang aku dekat sana kedai makan yang aku pi adalah Halal Amin dekat Malaysian Street berdepan dengan pintu keluar Ben Thanh Market. Makanan sana agak mahal sebab nasi lemak saja dah RM10. Tapi you guys should try Vietnam Coffee yang ya Rabbi sedap nak mampos.


Nasi Goreng Kampung 50,000 vnd
Malam tu sebelum balik hostel aku pergi cari dulu package ke Cu Chi Tunnel. nasib aku dah pandai sikit masuk agent yang paling murah. So aku dapat lah 105,000vnd untuk half day trip.

DAY 3
Full day memang habis masa dekat Cu Chi Tunnel saja. Kat sini belajar sejarah. Aku just teruja nak masuk tunnel dia je yang azab tu. Sakit pinggang mak nak. Tapi best jugak dapat jumpa kawan baru lepas tu gurau senda dalam bas dengan gang bas mini. Aku punya ticket tu include harga masuk ke Cu Chi Tunnel. Boleh je kalau nak naik bas sendiri tapi kena tukar-tukar. Siap dapat makan ubi rebus. Muka mat saleh teruja ada kat bawah sila cari.

Half way nak sampai Cu Chi Tunnel bas berhenti rehat dekat Handicapped Factory so kalau nak beli boleh lah bawak duit lebih. Cantik hasil tangan mereka.








Jumpa tak? Malam tu aku just lepak layan live band je tapi sebelum tu sempat jugak beli buah tangan dekat mak and adik beradik kengkawan. Kang kata aku jalan tak hengat dorang. Sempat jugak aku try kebab vietnam. Sedap macam Subway okey. Boleh try. Lepas tu try jugak popia vietnam tapi ada daun tu rasa tak sedap. 





DAY 4
Balik Malaysia. Nak cakap jugak tentang jalan dia yang banyak moto nak langgar orang sampai mati. Okey tipu. Tak langgar pun cuma nak lintas jalan tu macam insaf bertaubat jap. Moto hazabedah banyak.





Dah kenapa jadi kucing?