Tuesday, June 9, 2015

FOOD : Garam Masala Indian Kitchen, Sungai Petani

Setelah sekian lama tak jumpa dengan best friends forever aku dua orang tu, Shud dan Muhaimin, jadi semalam decide nak keluar lepak sama-sama kebetulan aku nak deliver sekali barang untuk depa yg aku beli kat Langkawi hari tu dan Muhaimin pulak nak bg sourviner dari Bangkok dan sekaligus nak sambut belated birthday aku. Siap surprise lagu Birthday Cake by Rihanna okey. Gila tak gila depa ni. Dah la main belasah ja nyanyi. Haha. 

Then untuk lunch kami hari tu kami pilih nak lunch kat area Amanjaya Mall tu ja tapi tak banyak choice la situ. The Manhantan Fishmarket ja yg menarik. Yang lain biasa-biasa saja. Tapi tau saja lah kalau makan situ mau kanser duit wallet aku. Jadi keluar je dari pintu mall nampak Garam Masala Indian Kitchen terus masing-masing macam ok nak makan situ. Btw restoran ni betul-betul depan pintu keluar Amanjaya Mall tepi The Manhantan Fishmarket tu. 





Premis yang bersih kemas dan aku suka dekorasi bingkai gambar kat dalam tu. Siap pasang lagu hindustan kau. Terus fefeeling kat Mumbai ke New Delhi ke. Haha. Pelayan yang ramah dan suggestkan makanan untuk dipilih. Menu depa bg jugak tau. 

Aku pilih nak makan Mutton Thali. Aku tak tau la thali tu tali apa yg penting sedap dan terasa makanan dia. Jangan kata tali pusat sudah. Siap hidang alas daun pisang naaa. Kemahen. Harga dia RM 11.90 satu set. Pastu aku minum Pudina Lemon RM4.00 satu gelas. 



Muhaimin dengan Shud pilih menu sama iaitu Chicken Fried Rice sebab depa dah kenyang breakfast pagi tu. Aku just bedal betik ja pagi tu so makan berat sikit. Harga makanan depa RM 5.50 sepinggan. Shud minum Iced Lemon Tea dan Muhaimin try Sugar Cane with Lime harga masing-masing RM 4.00 jugak. 




Servis charge yang kami kena RM 2.09 sahaja. Ada lagi yang signature dish yang kami tak try so kalau hampa nak pi boleh la try yang lain jugak. Jangan lupa share rasa dia macam mana. 
Ni alamat:

Garam Masala
No. 2 Jalan Jati Pusat Perniagaan Aman Jaya,08000, Sungai Petani, Kedah. 

Facebook: www.facebook.com/garammasalarestaurant

No comments: