Monday, July 11, 2016

CAFE: Akar Lima, Kulim

Hai semuaaaa... Ya Allah dah beraya baru aku nak ingat nak buka blog. Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin. Amacam banyak dapat duit qhayo? 

Okey meh sini nak cerita throwback iftar #trioletiups hari tu. Kemain tau nak beriftar bagai pun nak cerita kat sini kan? Bukan apa cuma nak kongsi this one cafe kat Kulim yang hampa boleh pi. 

AKAR LIMA, KULIM

Alamat penuh aku terlupa. Tapi nak cari dia tak susah waze kan ado? Tapi landmark dia Pos Office Kulim dan S.K Kulim. 


Kemain akak tu tukar trademark kami ke #riuhmeletiups kang aku bom kedai kau kak baru kau mendapat. Riuh meletiups nooo. Makanan kat sini best sebab setiap dish mesti ada ulam raja. Hantu ulam mesti suka. Macam aku. But for that iftar dengan peminat kami hari tu *walaupun peminat lari* aku pilih nak makan Roasted Chicken yang harga RM20. Sedap gila okey. 



Siap dengan mashed potato dan salad ulam raja. Ni dish bulan puasa la tapi kawan aku cakap ni signature dish so normal day pun ada la maksudnya. Kawan aku si Muhaimin pilih nak makan Carbonara Chicken Pasta. Harga RM16. Sedap jugak!


Aku rasa itu wajib. And we choose to have Blackcurrent Mint for drink. Harga RM6. Sedap sampai kawan aku balik buat kat rumah pulak. Hahahaha. 

Interior dia pun lawa dan hipster plus antik. Btw kat sini jugak ada homestay. Lawa kalau mai duk sini. Kawasan kampung yang aman. 





Akak owner cafe tu macam tau tau je kami anti social sebab tu dia reserved pakai nama baru. Sebelum makan harus lah slow sbb puasa kan. Haaaa. Lepas makan mengilai macam punti. Hahahaha. 


Bye!

No comments: