Friday, February 23, 2018

TRAVEL : Solobackpack Beijing, China (2017)

Kali ni aku nak share secara rough saja itenary aku kat Beijing last year.

DAY 1
Bertolak ke Bejing dari KLIA2 dalam pukul 10.50 malam. Sampai sana dalam 5.30 pagi waktu China. Sejuk nak mampos. Mereput kat aiport sementara tunggu airport express beroperasi. Dengan nak terkencing tapi toilet takda air. Hari first macam biasa check in hostel. Aku stay Spring Time Hostel, Dongsi aku check in gila awal tapi nasib baik dapat upgrade bilik without tambah duit.

Makan tak susah sebab kedai makanan segera yang halal dekat je. Seberang jalan nama dia Xibu Mahua. Betul-betul depan post office. Aku melawat Beijing Zoo pergi say hi kat panda lepas tu pergi Nuijie cari stock makanan halal. Sesat pun la dah setengah jam.

Airport Express - 25 yuan
Yikatong card - 100 yuan (deposit 20 yuan)
Hostel - 360 yuan (4 night)
Makan kat Xibu Mahua - 25 yuan (aku makan dua kali)
Beijing Zoo - 14 yuan
Kebab halal tepi jalan - 9 yuan
Stok makanan Nuijie Market - 40++ yuan










DAY 2
Hari kedua kat sana aku pergi tempat wajib kalau datang Beijing, Great Wall of China. Nak ke sini pun naik subway dan train je. Tak susah pun tapi kena la buat research sikit. Macam aku pun aku mintak tolong member yang dah pernah pergi lepas tu aku main redah je.

Sepanjang laluan nak sampai Badaling dia punya scenery memang lawa gila. Plan nak tido pun tak jadi. Lelap dua milisaat pun rasa rugi. Hahaha. Suhu sejuk sampai termengah nak bernafas. Kelam kabut cari toilet. Nasib aku bawak wet tissue kemana-mana. Aku tak panjat sampai habis pun sebab gayat tapi salute tengok makcik pakcik tua panjat tinggi-tinggi.

Balik aku singgah Ancient Town (Hutong) untuk beli postcard dan TERbeli face mask.

Great Wall - 35 yuan
Tren H.Tudian to Badaling - 12 yuan
Xibu Mahua (makan) - 32 yuan *tamak sikit hari ni sebab letih dan sejuk
Mineral water - 2 yuan (hostel)

Aku suruh hostel book siap-siap tiket nak masuk Forbidden City sebab nak pergi esoknya tu. Harga 40 yuan. Pastu akan dpt mesej or code.







DAY 3
Untuk hari ketiga banyak jugak tempat aku explore tapi just tengok-tengok je la. Lagipun tempat history ni aku tak kenan sangat. Hahaha. dah la jauh nak kena menapak. Sakit tapak kaki aku. Kat Tianmen Square just check security pastu tara depan mata. Just ambil gambar lepas tu terus masuk Forbidden City. Luas jugak. Sebelum masuk aku pergi tukar tiket kat kaunter dulu. Untuk pengetahuan kat sana kena check i/c tapi kita tunjuk passport je konfem lepas.

Keluar Forbidden City aku panjat Jingshan Park punya bukit pulak. Sejuk weh kat atas tu. Aku lapar makan je la Cocoa Pie kat atas tu. sendu betul. Tapi best makan dalam keadaan sejuk. Then aku pergi Performing Art Centre. Sesat jugak. Jauh la menapak nak patah balik.

Aku dah tau nak ke Nuijie macam mana so hari ni aku sempat la pergi solat zohor asar kat sana. Pastu beli makanan sikit.

Tianmen Square - Free
Forbidden City - 40 yuan
Jingshan Park - 2 yuan
Performing Art Centre - Free *ambil gambar luar je
Qienmen Street just pass by
Nuijie Muslim Market - strawberry coated sugar 15 yuan
Xibu Mahua - 38 yuan




DAY 4
Untuk hari keempat aku pergi Summer Palace. Tempat ni luas nak mampos. Dah la kena panjat bukit. Penat tu tahan. Tapi dah sejuk takda la lecak ketiak sangat. Tempat lawa untuk ambil gambar. Nak ke bridge dia tu pun boleh tahan. Nak suruh ja orang usung dengan wheelchair.

Lepas tu aku pergi makan dekat Wudouku. Sedap jugak makanan dia. Aku order macam makan satu family last-last makan tak habis pun.

Aku menapak pulak pergi cari Bird Nest Stadium. best weh sunset dia lawa gila. Malam tu aku pergi Wangfujing Street nak tengok exotic food. Sesat jugak la sebab keluar subway tetiba jumpa mall. Rupanya ada ja signboard tapi kecik macam kuman.

Topup Yikatong - 10 yuan
Summer Palace - 50 yuan (all entries)  + 6 yuan (mineral water)
Wudouku (makan) - 70 yuan *sebab tamak macam bela saka
Beijing Bird Nest Stadium - free
Xibu Mahua - 40 yuan
Limau beli kat Dongsi Street - 2.70 yuan (fresh manis sejuk)
Starbucks - 32 yuan









DAY 5
Last day pagi-pagi lagi aku dah check out dari hostel tapi aku tinggal je barang kat situ sebab nak berjalan lagi. So aku pergi Temple Of Heaven dengan Pearl Market. Tu pun kawan aku yang suggest kalau ikut aku nak duduk je kat Dongsi tu bertafakur. Hahaha.

Aku shopping kat Pearl Market. Beli shawl untuk mak and kakak, beli fridge magnet untuk diri sendiri. Untuk kawan-kawan korang nak pergi la travel sendiri. Hahaha.

Xibu Mahua - 25 yuan
Temple of Heaven - 10 yuan
Pearl Market - 275 yuan *shopping dan kena scam babi sial
Yikatong Card - 10 yuan
Airport Express - 25 yuan
Starbucks - 43 yuan *kat airport
Refund dapat balik 27 yuan (Yikatong Card)


Kat airport aku takleh nak access dengan wifi sebab wechat buat hal. Nasib baik ada manusia dari Moscow sanggup tolong. Mereput tunggu flight balik Kuala Lumpur sampai pagi.

Kalau nak tau apa-apa lagi boleh emel atau komen kat bawah. Bye.

No comments: